Tahniah, jawapan anda betul!!

Keretapi

Pada mulanya keretapi menggunakan enjin wap. Arang batu digunakan untuk menghasilkan wap. Keretapi wap yang paling pantas ialah "Mallard" yang mencapai kelajuan 201 kilometer sejam pada tahun 1938.

Keretapi mula menggunakan enjin diesel pada tahun 1950an. Pada tahun 1987, keretapi berenjin diesel yang terpantas merekodkan kelajuan 238.9 kilometer sejam.

Keretapi yang menggunakan elektrik adalah lebih bersih, senyap dan pantas. Satu rangka yang dikenali sebagai 'pantograph' terletak di bahagian atas keretapi. Pantograph ini sentiasa menyentuh kabel elektrik ketika keretapi bergerak, ini memberikan tenaga elektrik untuk keretapi berkenaan. Keretapi French TGV bergerak pada kelajuan 270 kilometer sejam, walaupun ianya berupaya mencapai kelajuan melebihi 300 kilometer sejam.

Keretapi peluru atau bullet train yang terkenal di Jepun telah memulakan perkhidmatannya pada tahun 1964 lagi. Keretapi-keretapi ini bergerak dengan kelajuan 210 kilometer sejam dan membawa hampir setengah juta penumpang sehari untuk menghubungkan Tokyo dengan Osaka sejauh 512 kilometer.

Maklumat ini saya petik dari buku The Great Big Book of Knowledge ISBN 1-85830-019-3

Halaman Afiqah | Teka-teki Lagi