Make your own free website on Tripod.com
Halaman Afiqah Cuba teka siapa saya? Koleksi lagu kanak-kanak Hobi saya Juara Lagu 2000 Baca pandangan pelawat ke Halamann saya Tandatangan Buku Pelwata saya :)

Terima kasih kerana sudi melawat halaman saya

Nama saya Nur Afiqah binti Nurazizi. Saya dilahirkan pada 1 September 1990; oleh itu umur saya sekarang ialah 10 tahun. Pada masa ini saya sedang belajar dalam Darjah 5 Setia di Sekolah Kebangsaan Segambut Kuala Lumpur. Saya tinggal bersama-sama Ibu, Ayah (dia yang bantu saya buat homepej ini), empat orang adik serta Tok Ma dan Tok Ba di Bandar Sri Damansara. Ayah saya berkerja di DBKL dan ibu saya pula bertugas di Bank Simpanan Nasional.

Hobi saya ialah membaca buku cerita, bermain permainan komputer, membuat bunga kering dan bermain di KidWeb.

Apakah pula hobi anda?

Gambar saya dan adik-adik

Ini Afiqah bersama-sama Angah, Alang dan Ateh di Mc D.

Cuba teka siapa saya?

Di sekolah saya belajar Bahasa Malaysia, English, Matematik, Agama Islam dan Muzik. Saya suka mengikuti kelas muzik kerana saya dapat belajar banyak lagu kanak-kanak. Lagu yang paling saya sukai ialah lagu Anak Ikan . Beberapa lagu yang saya minati juga telah berjaya menjadi juara lagu.

Juara Lagu 1999

Anda adalah pelawat ke sejak Mei 2000

|| Tandatangan Buku Pelawat saya || Baca Buku Pelawat Saya || Anak Ikan || KidWeb ||Bunga Kering ||

E-mail ke TuanWeb